Kena Hon Sebab Pandu Perlahan Sambil Guna Phone, Pakcik Berkopiah B3ngang, Siap Menc4rut Dan Tunjuk Isyarat Lvcah … “Ini Makan Dia”

HANYA kerana memotong sebuah kenderaan di jalan raya sambil membunyikan hon, pemandu kereta terbabit tiba-tiba b3rang sebelum mula mem4ki h4mun.

Menerusi satu video rakaman dashboard sebuah kenderaan yang dikongsi di laman Twitter @MalaysiaVirall pada Khamis, kejadian berlaku pada tengah hari Ahad.

Menurut pemilik video bernama Saiful Yusri, kejadian berpunca apabila dia memintas kereta Proton Saga yang dipandu perlahan oleh seorang lelaki berusia yang ketika itu kelihatan sedang menggunakan telefon bimbit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Puncanya kerana potong kereta dia dan hon sekali sebab dia memandu sangat perlahan dan guna telefon. Tak puas hati pasal tu, dia terus m4ki hamvn.

“Lepas itu dia tunjuk jari tengah bagai depan isteri dan anak dalam kereta. Dah suruh dia istighfar atau mengucap banyak-banyak sebab orang tua dan berkopiah.

“Jadi member tu (pakcik berkopiah) pun lagi hot lah. Mula-mula malas nak layan, yang berdosanya kau,” katanya.

pakcik kopiah carut 6

Pakcik berkopiah memandu kereta Proton Saga.

Namun, pemuda berusia 38 tahun itu tidak boleh mendiamkan diri sebaik ‘pakcik berkopiah’ itu mengeluarkan kata-kata k3sat terhadap isterinya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

“Padahal isteri saya senyap je dan tak bersuara, tu buatkan rasa panas. Bagi saya, ia adalah gangguan s3ksval dan sebagai suami, aku tak nak orang cakap aku d4yus.

“Jadi saya berhentikan kereta dan nak bersemuka dengan dia. Dan masa tu masih panggil dia pakcik okay. Apabila tanya kenapa nak kaitkan isteri saya dalam hal ni?” katanya yang merujuk kepada rakaman menunjukkan ‘pakcik berkopiah’ mengeluarkan tangannya dari tingkap kereta.

Menerusi klik video kedua berdurasi 39 saat pula memaparkan Saiful bersama ‘pakcik berkopiah’ itu bersemuka di hadapan kereta.

pakcik kopiah carut 8

Pakcik berkopiah (kanan) melakukan provokasi terhadap Saiful.

Dia kelihatan tenang, namun sebaliknya lelaki berkenaan kelihatan agr3sif dan beberapa kali menggunakan tangan menghala ke arah mukanya beberapa kali.

“Orang tua berkopiah tu just mumbling for nothing and keep prov0king me by calling me bod0h dan binatang… tapi kalau saya bertindak dengan lakukan sesuatu yang bod0h, pasti orang akan nampak saya yang jah4t sebab dia orang tua berkopiah.

“Tunjuk jari tengah bagai depan isteri dan anak aku. Aku suruh dia istighfar atau mengucap banyak-banyak sebab orang tua dan berkopiah.”

SAIFUL YUSRI

“Saya hanya kuatkan semangat untuk tak buat benda yang sia-sia dan tidak mempedulikan provokasi dia tu. Nampaknya orang tua ni tak putus asa nak provokasi,” tambahnya.

“Akhirnya saya decide nak blah dari situ tapi dia boleh blocking pintu driver dan tak bagi masuk. Bijaknya isteri saya serta-merta beralih ke driver seat dan suruh saya masuk pintu sebelah,” tambahnya.

pakcik kopiah carut 7

Laporan polis yang dibuat Saiful berhubung kejadian.

Walaupun beberapa kali memberitahu keretanya dilengkapi kamera dashboard yang merak4m kejadian, namun tidak menghalang lelaki berkenaan untuk terus bersikap bi4dab.

“Anak lelaki saya berusia 10 tahun, Rayyan tanya kepada isteri ‘Kenapa dengan atok tu?’ Isteri beritahu atok tu bi4dab dengan abah. Anak saya masih panggil dia atok okay,” kata Saiful sambil menambah lelaki itu sekali lagi menunjukkan isyarat luc4h menggunakan jari tengah sebelum mereka beredar.

Selain dua klip video rakaman dashboard, Saiful turut membuat laporan polis pada hari sama berhubung kejadian yang berlaku.

komen pakcik kopiah 5

Antara komen-komen netizen.

Rata-rata netizen menyelarkan tindakan biadab ‘pakcik kopiah’ yang panas baran, sambil memuji pemuda itu yang bersikap tenang.

Steady bang, tinggi kesabaran kau.”

“Imej tak melambangkan perangai. Sabar ajelah.”

“Senang cerita pakaian tak melambangkan kita. Kita baik kalau hati kita baik. Simple,” demikian antara komen-komen netizen.

 

Sumber : MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.