Si Bulus Selamba Tidur Dalam Peti Ais, “Elsa Frozen Ke Tu?”

Haiwan comel seperti kucing buat ramai yang geram dengannya. Apatah lagi jika kucing tersebut memiliki bulu gebu dan lembut serta manja dengan manusia.

Pandai pula ambil hati manusia dengan kecomelannya itu, memang cair habis! Malah baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seekor si bulus selamba tidur dalam peti ais telah mencuri perhatian ramai.

Sudahlah tidur di dalam peti ais, siap tutup pintu lagi tu! Bukan main nak tidur di tempat sejuk ya. Dalam rakaman tersebut kelihatan si comel ini sedang lena di dalam peti ais di sebuah kedai.

Korang saksikan sendiri gelagat si bulus selamba tidur dalam peti ais yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun wanhornet ini:

@wanhornet🤣🤣🤣

♬ bunyi asal – wanhornet

Rakaman haiwan comel ini yang sedang lena telah meraih lebih 80 ribu tontonan dan 10 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Bang nak tengok dia lepas bangun macam mana, segar bugar tak”

Si bulus tidur dalam peti 4

“Ingat orang je nak tidur pakai econ..Kucing pun nak tidur sedap jugak”

Si bulus tidur dalam peti 3

“Kucing saya kalau tengahari buta pasang econ semua pakat tido terlentang. Kemain syok lagi diorang. Lupa masing2 nak merayap”

Si bulus tidur dalam peti 2

“Mana boleh macam ni! Aku dulu selalu nak macam ni time tengah panas gila. Tapi tak muat. Dia boleh pulakkk ishhh hmm”

Si bulus tidur dalam peti 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.