(Video) Bangkai Jerung Dijumpai Dalam Akuarium Lama Dengan Rupa Menakutkan

Seorang wanita menemui bangkai seekor jerung di dalam akuarium dengan rupa yang menakutkan, mirip seakan ‘zombi’.

Memetik portal Live Science, Juj’ Urbex dan suaminya yang merupakan pengembara itu telah menemui bangkai jerung tersebut di dalam sebuah akuarium di Sepanyol.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke akaun YouTube miliknya, bangkai jerung itu dilihat telah mereput di dalam akuarium yang rosak.

Kredit: Indozone

Menurut Urbex, jerung tersebut mungkin telah dirawat dengan bahan kimia sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara untuk diawet.

Haiwan itu juga dikatakan sedang mereput secara perlahan-lahan sehingga kelihatan seperti zombi.

Sehingga kini, mereka masih merahsiakan di mana kedudukan akuarium tersebut, bertujuan bagi mengelakkan pengembara lain mengunjungi tempat berkenaan.

Bagaimanapun, dia memberi sedikit penjelasan bahawa akuarium itu terletak di suatu tempat di Sepanyol dan ditutup pada tahun 2014 selepas ombak setinggi 13 meter merosakkan bangunan itu.

Kredit: Indozone

Pada tahun 2018, seorang lagi pengembara di kawasan lain, Luke Mcpherson telah berjaya menemui bangkai jerung putih besar sepanjang 16 kaki (5 m), yang kemudiannya digelar Rosie.

Luke telah menggantung Rosie dalam tangki formaldehid yang besar di taman hidupan liar terbiar di Australia.

Sumber: Indozone

Leave a Reply

Your email address will not be published.