Ibu Beri ‘Hadiah’ Wang Hampir RM8K, Ganjaran Anak Tak Main Media Sosial Selama 6 Tahun

Rasanya tahap ‘ketagihan’ remaja dan juga kanak-kanak terhadap penggunaan media sosial dan juga kegiatan melayari internet sememangnya diketahui sebagai agak teruk dan juga semakin dibimbangi kala ini.

Menerusi laporan CNN, seorang ibu yang tinggal di Amerika Syarikat ada membuat cabaran buat anak lelakinya di mana si anak hendaklah mengelakkan diri daripada melayari media sosial.

Lorna Goldstrand Klefsaas telah mencabar anaknya itu bermula pada tahun 2016 ketika anaknya, Sivert, berusia 12 tahun.

Si ibu iaitu Lorna menjanjikan anaknya itu dengan ganjaran wang tunai jika dia berjaya menyelesaikan cabaran itu.

Enam tahun kemudian, Sivert yang berusia 18 tahun akhirnya berjaya menamatkan cabaran tidak menggunakan media sosial dan Lorna juga telah menunaikan janjinya sebelum ini.

Lorna difahamkan telah menghadiahkan Sivert hadiah wang tunai bernilai $1,800 (lebih kurang RM7,520).

Ujar Sivert, cabaran itu tidaklah terlalu susah kerana ketika dia berusia 12 tahun, remaja itu hanya menggunakan aplikasi Snapchat sahaja sebelum dicabar oleh ibunya untuk memberhentikan ‘sepenuhnya’ penggunaan media sosial.

Sesudah tamat cabaran tersebut, aplikasi pertama yang dimuat naik Sivert adalah Instagram!

Amacam korang? Boleh la guna pakai idea ni untuk anak-anak korang yang ketagihan media sosial ni.

SUMBER : CNN

Leave a Reply

Your email address will not be published.