“Nak Show-Off Lah Tu” – Pengantin Angkut Jambangan Duit Hantaran RM15K, Netizen Pula Tak Senang Duduk

Selalunya yang kita tahu pemberian wang hantaran akan diberikan dalam cek jika jumlahnya agak banyak, malah ada juga pengantin yang pilih untuk terus masuk ke dalam akaun bank untuk elak dari berlakunya kehilangan ataupun tak mencukupi.

Bagaimanapun, lain untuk pengantin lelaki satu ini apabila beliau memuat naik satu video di akaun TikToknya memaparkan dirinya sedang mengangkut jambangan duit yang difahamkan sebagai wang hantaran untuk pengantin perempuan.

Dapat dilihat dari video berkenaan, jejaka terbabit sedang mengeluarkan jambangan duit sebanyak RM15K dari bonet keretanya.

Menurut pengantin tersebut, pada mulanya dia ditanya oleh pak imam yang bakal menjadi saksi pernikahannya tentang wang hantaran untuk pengantin perempuan, lalu diberi alasan agak susah untuk dibawa masuk ke rumah.

Namun, selang beberapa minit kemudian, beliau bertindak untuk mengambil sejambak wang hantaran gergasi itu dari keretanya untuk dibawah masuk ke dalam rumah.

komen tiktok

Susulan perkara yang dilakukan oleh jejaka terbabit, rata-rata netizen mempunyai pandangan dimana dia hanya mahu menunjuk pada khalayak ramai walhal boleh saja merahsiakan perkara tersebut.

Dalam pada itu, ada juga netizen mengucapkan tahniah atas perkahwinan beliau dan berasa kagum melihat jambangan wang hantaran gergasi terbabit.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.