“Eh Kahwin Pun Ada Praktikal?” -Sekolah Buat Ujian ‘Praktikal’ Perkahwinan, Pelajar Seronok Boleh Main ‘Kahwin-Kahwin’

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah sekolah menengah di Jawa Timur, Indonesia mengadakan ujian praktikal perkahwinan yang menyerupai majlis resepsi sebenar. Eh, kahwin pun ada praktikal?

Sekolah adakan ujian perkahwinan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ikalia di TikTok, memaparkan dua pelajar berlakon sebagai pasangan pengantin dengan mengenakan solekan serta busana pengantin sambil diiringi para pelajar yang lain.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan segala persiapan dari pelamin hingga ke dekorasi disediakan seperti majlis perkahwinan sebenar dan turut dihadiri para tetamu. Difahamkan ujian perkahwinan tersebut dilakukan di Sekolah Menengah Negeri 4, Tuban, Jawa Timur.

Menurut seorang pelajar yang dikenali sebagai Ika Rachmawati, praktikal perkahwinan tersebut merupakan salah satu ujian dalam subjek bahasa jawa. Ujarnya lagi, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses perkahwinan adat Jawa.

Kami diminta untuk membuat praktikal perkahwinan untuk mengetahui bagaimana perkahwinan penduduk jawa. Daripada ketibaaan pengantin sehingga selesai semua proses perkahwinan tersebut.

Video berdurasi 56 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 200 ribu tanda suka di TikTok.

Proses perkahwinan adat Jawa

Sumber : rmtiiTribun Ne

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.