Video Lelaki Menangis Teresak-Esak Mengadu Dekat Mak Gara-Gara Putus Cinta Tular Di Media Sosial

Adat bercinta mesti ada pasang surutnya, jika sehari tidak bergaduh memang akan rasa tidak kena. Tetapi bila tibanya saat putus cinta, sesetengah orang mungkin akan mengambil masa yang lama untuk ‘sembuh dari sakit’ yang dirasakan.

Sama seperti lelaki di Indonesia ini yang menarik perhatian ramai selepas videonya menangis kerana putus cinta tular di media sosial.

Memetik laporan Suara.com, video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Instagram itu memperlihatkan lelaki tersebut sedang menangis teresak-esak sambil meluahkan perasaan kepada ibunya.

“Saya sayang dia mak, saya serius dengan dia sejak tahun 2019,” katanya.

Ketika lelaki itu menangis, si ibu mengatakan bahawa anaknya itu menangis kerana teman wanitanya.

“Macam mana tak menangis, saya sudah sayang sangat padanya, saya tidak mahu putus,” kata lelaki itu.

Video itu mendapat pelbagai respon dari kalangan warganet termasuk ada yang memberikan nasihat buat lelaki itu.

Sumber: Suara.com

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.