Gara² Masak 5 Pagi Nak Bawak Bekal, Wanita Kena Lempang Dgn Housemate ‘Bau masak tu kuat sgt kot..’

Nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia ditampar oleh rakan serumah akibat memasak pada pukul 5 pagi!

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Vestene Wong di laman Facebook, dia mendakwa telah ditampar seorang rakan serumah.

Justeru dia bangun lebih awal pada hari tersebut untuk menyediakan makanan.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut berjalan masuk ke kawasan dapur, berkata sesuatu sebelum bertindak menampar dirinya.

Normal la masak 5 pagi

Ramai juga dapat housmate macam ni

Selain itu, wanita tersebut turut memarahinya dengan kata-kata kesat.

Dia juga mempersoal mengapa perkakas dapur tidak dibawa ke ruang tamu untuk memasak.

Akibat tindakan rakan serumah itu yang dianggap keterlaluan, Vestene telah membuat laporan polis.

Namun, ketika wanita itu disoal, dia dengan selamba memberikan alasan bahawa dirinya menderita anxiety tahap ringan.

Dan perlu banyak berehat sambil menunjukkan ubat-ubatan yang diambil.

Difahamkan, Vestene masih lagi tinggal di dalam rumah yang sama namun masih trauma dengan peristiwa yang menimpa dirinya.

Sumber: Vestene Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published.