Ketuk pintu bilik resort nak kacau kawan, gadis ini terima p4dah berkali-kali nampak makluk halus

TIDAK semua orang dikurniakan ‘kelebihan’ untuk melihat makhluk yang tidak dapat ditembusi dengan mata kasar.

Bagi gadis ini, ‘kelebihan’ tersebut dialaminya secara kebetulan ketika berusia 12 tahun.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Nursyazwina Azhar, 21, berkata, dia pertama kali terserempak dengan lembaga menakutkan ketika menyertai kem sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah resort di Kedah.

Bukan sekali lembaga itu memunculkan diri di hadapannya tetapi lima kali sepanjang dia dan rakan-rakan sekolahnya ‘berkampung’ di resort tersebut selama tiga hari dua malam.

Maka tidak hairanlah, gadis yang senang disapa dengan nama Wina ini mampu mengingati dan memperincikan dengan jelas wajah serta fizikal makhluk yang mengganggu mereka.

“Satu dorm boleh menempatkan sehingga 20 pelajar dan semua katil dua tingkat. Malam pertama di sana, saya ajak rakan tidur di katil atas. Waktu lampu sudah dipadamkan, saya tidur mengiring menghadap rakan tadi.

“Bila saya terbuka mata, terkejut apabila saya terlihat satu wajah, betul-betul sebelah lutut kawan saya tu dan matanya tepat memandang saya. Wajahnya penuh lumpur pekat, mulut berwarna merah dan rambutnya sangat panjang. Saya terus beritahu kawan.

“Hari kedua pula, selepas makan tengah hari, saya dengan kawan-kawan borak-borak dekat katil atas. Tak lama selepas itu, saya ternampak satu lembaga di sebalik besi katil yang kami duduk tu sambil memandang saya. Kepalanya lepas besi katil dua tingkat tu… betapa tingginya benda tu.

DORM

Kejadian mistik berlaku dua hari berturut-turut di dorm yang didiami Wina serta rakan-rakannya. Gambar hiasan.

“Kemudian saya ‘tegur’ dan beritahu rakan-rakan lain keberadaan lembaga itu… budak-budak kan, nampak je terus tegur. Bila kami semua terus turun katil nak solat Asar, sekali lagi saya nampak tapi kali ini lembaga kecil pula tengah bergayut di besi katil,” ceritanya.

Tidak tahan dengan ‘gangguan’ yang agak kerap, Wina berkata mereka sepakat untuk memaklumkan kepada fasilitator mengenai perkara yang dialami.

“Fasilitator tu cadangkan kami semua buat bacaan Yasin selepas Maghrib. Mengejutkan, masa tengah baca Yasin, saya masih boleh nampak lembaga itu… dia tengok je kami baca.

“Selepas bacaan selesai bacaan Yasin, kami jawab periksa dan kemudian balik ke dorm semula. Tapi sekali lagi saya nampak lembaga besar berdiri di tengah-tengah lorong antara katil.

KOMEN

Antara komen netizen yang turut berkongsi pengalaman kisah mistik.

“Masa tu, saya dah macam malas nak layan. Perasaan takut tu dah bertukar sebab penat perah otak. Jadi saya buat tak tahu dan sambung tidur. Saya tak beritahu rakan-rakan sebab fikir esok dah nak balik,” imbas gadis berusia 21 tahun ini.

Tambah Wina, selain dia, seorang lagi pelajar turut dapat melihat lembaga yang sama sehingga mengalami demam pada hari pertama tiba di resort berkenaan.

“Alhamdulillah selepas pulang, saya tak alami apa-apa yang pelik jadi saya tak cerita pun pada ibu bapa. Tapi kawan saya dapat mimpi pasal benda tu. Dalam mimpi tu benda tu cerita semua kenapa dia kacau kam

Mengejutkan, masa tengah baca Yasin, saya masih boleh nampak lembaga itu… dia tengok je kami baca.

NURSYAZWINA AZHAR

“Waktu kem Sains ketika malam pertama, dalam pukul 11 lebih, kawan ajak kacau bilik sebelah sebab bosan. Saya pun pergi ketuk pintu bilik sebelah dan masuk bilik balik. Kami buat banyak kali.

“Kemudian benda tu cakap, waktu kami ketuk, anaknya tengah tidur dekat pintu tu. Sebab itu dia marah. Dalam mimpi kawan saya juga, lembaga tu ada cakap dia janji akan kacau kami lagi bila dah besar. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang tiada apa-apa,” ujar penuntut diploma jurusan kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Pahang.

Sungguhpun ia adalah gangguan yang pertama dan terakhir setakat ini, Wina berkata dia menjadikan insiden yang berlaku sembilan tahun lalu itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam pertuturan dan perbuatan, khususnya apabila mengunjungi tempat baharu.

WINA 1

Wina (dua, kiri) bersama rakan-rakan rapatnya sejak sekolah rendah, yang turut sama mengikuti kem berkenaan.

“Kalau pergi hiking atau camping ke kawasan berhutan, selalu cakap dalam hati ‘nak tumpang lalu, kemudian baca Bismillah dan ayat Kursi. Memang serik dah, tak nak tertengok lagi lembaga menakutkan.

“Pengajaran dari kisah saya ini, lalau pergi tempat orang kena beradab dan kalau ternampak benda tu jangan tegur. Mungkin dia cuma nak tunjukkan diri tapi sebab kita tegur, dia lagi seronok nak kacau,” cerita Wina lagi.

Sehingga kini dua perkongsian Wina mengenai pengalaman mistiknya itu masing-masing meraih 2.5 juta dan 375,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.