“Sampai ‘Lingkup’ Restoran..”- ‘Kak Long’ Dah Mula Reviu Produk, Netizen Pelik Ada Pihak Yang Sanggup Ambil

Minggu lalu agak kecoh di media sosial mengenai video ‘kak long’ yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka kerana tidak dapat menerima hakikat anak lelakinya telah dituduh mencuri.

Kemudian, wanita itu menjadi sebutan netizen sekali lagi apabila bertindak memaki hamun pekerja di sebuah restoran makanan segera kerana kehabisan ais dan sos pencicah.

Menyedari dirinya dikecam, dia kemudian tampil membuat permohonan maaf kepada netizen di luar sana atas keterlanjuran perbuatannya itu.

Baru-baru ini, ‘viral’ pula kisah dia sudah mula membuat ‘review’ atau ulasan makanan di sebuah kafe yang terletak di Terengganu dan video tersebut telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial.

Kata netizen, pengusaha atau peniaga tidak sepatutnya memanggil seseorang yang terkenal dengan perkara yang tidak bermanfaat dan mula dianggap sebagai ‘influencer’ oleh orang ramai.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa ianya rezeki buat kak long dan perkara tular yang sebelum ini terjadi seharusnya tidak perlu diungkit kembali dan mungkin juga wanita itu sudah insaf serta tidak akan mengulanginya lagi.

Namun, yang paling kasihan apabila restoran itu pula yang menerima tempias kerana ramai pengguna media sosial telah meninggalkan ‘bad review’ di Google sebagai tanda boikot akibat memanggil kak long tersebut untuk membuat ulasan makanan di kafe mereka.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.