“Sampai Terlepas Waktu Solat” – Lelaki Ini Dakwa Gedung Perabot Terkenal Hadkan SOP Surau 4 Orang Sahaja?

Tular di laman Facebook, satu hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Wan Wasabi yang berkongsi pengalamannya menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat di sebuah gedung perabot yang cukup terkenal.

Menerusi hantaran tersebut, Wan mendakwa Standard Operating Procedure (SOP) yang dikenakan di surau gedung berkenaan menyusahkan pelanggan untuk menunaikan kewajiban.

Difahamkan, hanya 4 orang dibenarkan solat dalam satu masa di dalam surau bekenaan yang mengakibatkan pelanggan terpaksa beratur panjang di luar surau.

surau

Aku tanya guard boleh tak tambah orang sikit? Aku tahu ruang besar juga kat dalam tu. 10 orang sekali pun masih ada penjarakan sosial.

Menurut Wan permintaannya itu telah ditolak oleh pengawal keselamatan yang bertugas dan dia terpaksa menunaikan solat di tepi vending machine.

Tidak berputus asa, Wan sekali lagi meminta pengawal keselamatan untuk menambah kapasiti dalam surau tersebut selepas dia melihat barisan surau perempuan masih tidak berganjak langsung.

Namun, pengawal keselamatan memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menegaskan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Ye saya tahu, tapi SOP kerajaan dah tukar, tak ada siapa nak saman. Puan tak kisahlah orang tertinggal solat? Puan tak kisah orang solat bersepah?

beratur

Malah, menurut pengawal keselamatan itu mereka hanya akan menerima complaint melalui tulisan e-mail ke gedung perabot berkenaan.

Bagi mengelakkan pertengkaran berlarutan, lelaki itu pulang dengan kekecewaan namun turut membuat aduan menerusi e-mail seperti yang dicadangkan pengawal keselamatan tersebut.

SUMBER : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.