“Sporting Betul!” – Anak Bawa Mak ‘Lepak’ Dengan Kawan, Tapi Buat-Buat Tak Kenal Asalkan Dapat Teman

Sering didengari ramai dimana kebanyakkan ibu bapa sudah pasti akan berasa bimbang ataupun risau jika anak mereka keluar melepak bersama rakan hingga lewat malam.

Lagi-lagi apabila anak mereka sejenis yang susah untuk mengangkat telefon apabila dihubungi, sudah pasti ianya akan membuatkan mereka bertambah runsing.

Namun, lain untuk satu keluarga ini apabila video seorang lelaki telah membawa ibunya ikut sekali dirinya lepak bersama rakan telah menarik perhatian warganet.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki terbabit sedang lepak bersama rakan-rakannya di sebuah kafe dan selepas itu, beliau mengalihkan kamera kearah ibunya yang sedang duduk berasingan meja di sebelah seolah-olah tidak kenal sambil baca majalah.
Hal yang mencuit hati warganet adalah ibunya sangat ‘selamba’ membaca majalah tanpa menghiraukan anaknya.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat ibu anak itu dan ada juga yang merasakan tindakan lelaki itu membawa ibunya sekali sangat comel.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.