(VIDEO) Anak ‘Struggle’ Selamatkan Diri Dari Tanah Jerlus, Ibu Sempat Risaukan Pokok Tanaman

Tanah jerlus merupakan kawasan yang kelihatan kering tetapi apabila dipijak, ia merupakan kawasan berlumpur dimana jika kita berjalan di kawasan tersebut sememangnya menyusahkan.

Seperti insiden yang berlaku kepada dua gadis di TikTok ini yang memaparkan diri mereka sedang bersusah payah ‘menyelamatkan diri’ dari tanah jerlus telah menarik perhatian netizen.

Ketika dua wanita itu sedang cuba meloloskan diri dek ‘ditelan’ oleh tanah jerlus, terdapat seorang wanita berdiri ditepi cuba untuk bantu yang difahamkan beliau merupakan ibu mereka.

Bagaimanapun, perkara yang membuatkan para netizen lebih terhibur dari melihat kesusahan mereka meloloskan diri, apabila ibunya sempat memarahi salah seorang anak yang sedang berpaut pada pokok kesayangannya.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya terhibur dengan gelagat anak beranak itu dan ada juga memberi tips jika berhadapan dengan situasi yang sama dihadapi oleh gadis-gadis terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.