(VIDEO) Cara Macam Nak Gaduh, Pengantin Wanita Jalan Ala ‘Gangster’ Buat Netizen Geli Hati

Ketika tibanya hari persandingan, sudah pasti pengantin ingin memakai busana cantik terutamanya buat pengantin perempuan dimana mereka mahu kecantikan mereka lebih terserlah pada hari bersejarah itu.

Sudah menjadi kebiasaan pengantin perempuan akan berjalan seayu yang mungkin sambil memegang lengan suami dan diiringi dengan pengapit di sebelah mereka.

Namun, lain pula untuk pengantin perempuan yang sudah mencuri perhatian netizen di TikTok ini, apabila kelihatan beliau berjalan seakan-akan ‘gangster’.

Ketika sedang berarak, pada mulanya dia diiringi oleh seorang wanita yang sedang memayungkannya tetapi selepas itu, pengantin tersebut dengan selamba meninggalkan rombongan di belakang, lalu berjalan laju kehadapan.

Hal yang membuatkan ramai terhibur adalah melihat cara pengantin itu berjalan seakan-akan ingin bergaduh, bagaimanapun selepas saja ditegur oleh si perakam, dia terus mengawal cara jalannya dan jalan bersama-sama rombongannya semula.

komen tiktok

Susulan video tersebut menjadi viral di TikTok, ia telah meraih lebih 80,000 tanda suka dan lebih 1 juta penonton yang telah menonton video terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.