“Habis Rosak Mata Budak..” – Kelas Prasekolah Dihias Macam ‘Night Club’ Cetus Kritikan Netizen

Tular di media sosial apabila sebuah perkongsian seorang individu di Twitter menyaksikan sebuah kelas untuk murid-murid prasekolah telah dihias luar dari ‘kebiasaan’.

Tak dinafikan, ada guru-guru yang rajin menghias kelas sebelum sesi persekolahan bermula bagi membangkitkan lagi semangan anak-anak murid untuk belajar dan ianya wajar diberi pujian dan penghargaan.

Namun, apa yang mengundang kritikannya adalah apabila kelas itu dihias dengan lampu-lampu redup jauh daripada tema bersesuaian untuk anak murid yang berusia dalam linkungan 5 hingga 6 tahun ini.

Ada yang berpendapat bahawa hiasan kelas dengan sinaran lampu neon itu tidak ubah seperti kelab malam yang boleh merosakkan mata kanak-kanak.

komen twitterSumber : Twitter 

Malah, ada yang merasa tidak selesa untuk belajar dalam suasana tersebut meskipun bukan bergelar seorang pelajar.

Rimas. Serabut otak. Bagi saya, pencahayaan macam ni tak berapa sesuai ketika membaca dan pembelajaran. Kalau digunakan untuk tempoh yang lama, mungkin boleh bawa pada rabun mata.

Selain itu, ada yang mengatakan bahawa tema hiasan sesebuah kelas mestilah ceria dengan penggunaan cat yang bersesuaian serta hiasan perabot yang selamat dan mesra pengguna.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.