Tular beberapa minggu kebelakangan ini mengenai misteri kematian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida yang masih dalam kes siasatan polis.
Bukan sahaja di Thailand, malah ianya menjadi ‘viral’ sehinggakan ke negara Indonesia dan juga Malaysia.
Berikutan itu, ramai pula yang turut dikaitkan dengan mendiang Tangmo meskipun tiada kena-mengena seperti wajah seiras dan sebagainya.
Ini termasuklah isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera yang baru-baru ini ada memuat naik satu video di TikTok.
Namun begitu, ketika meninjau ruangan komen, ramai netizen menganggap Sera sebagai ‘perasan’ dan mungkin juga sekadar bahan ‘content’ di media sosial.
Kata netizen, Sera bukan seiras seperti Tangmo Nida tetapi lebih kepada ‘Tang Mana’.
Tangmo Nida takde sis, tapi kalau Dato Vida ye ada. – netizen
Rasanya Serra bergurau saja tu, isi masa lapang la katakan…