Kulit Sedikit Gelap Masa Umur Sebulan, Kekacakan Budak 1 Tahun Mempesona Ramai

Ketika bayi baru sahaja dilahirkan, kebanyakan wajah mereka adalah lebih kurang serupa iaitu sama ada kulit masih kemerah-merahan atau sedikit gelap. Pun begitu, semuanya turut bergantung kepada genetik ibu bapa malahan rupa sebenarnya hanya dapat dilihat seiring dengan tumbesaran dan peralihan usia dari tahun ke tahun.

Ibu kongsi rupa anak masa umur 1 bulan vs 1 tahun

Di TikTok, pengguna akaun decbabe12 berkongsikan sebuah video menyaksikan perbandingan wajah anaknya pada usia 1 bulan vs 1 tahun. Ketika dalam fasa berpantang suatu ketika dahulu, bayi berkenaan nampak sedikit berkulit sawo matang dan mempunyai rambut yang agak nipis.

Masuk umur 1 tahun, wajah anak terus glow up 100%

Namun setelah berumur 1 tahun, berlaku perubahan ketara pada seluruh wajah kanak-kanak ini. Bukan sahaja kulit yang semakin cerah dengan rambut lebat, malahan bola matanya begitu besar sekali gus menampakkan ‘sisi-sisi kekacakan’ meskipun masih lagi kecil. Sejak dimuat naik semalam, rakaman itu berjaya meraih 2.3 juta tontonan daripada netizen.

Sama macam anak sulung sayang…Kecik-kecik lain, dah besar glow up

Melalui ruangan komen, netizen nyata terpesona dan memberikan pujian kepada kanak-kanak kecil ini keran memiliki wajah yang sangat comel. Selain itu, ramai golongan ibu turut berkongsikan keadaan sama yang berlaku kepada anak mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.