“Saya Tak Dibayar.. ” – Terkandas Nak Pergi Solat Jumaat, Pemandu Bas Tak Sudi Tumpangkan Pelajar?

Pada zaman belajar sememangnya merupakan satu momen yang penuh dengan cabaran-cabaran, bukan dari segi pelajaran saja tetapi hal kehidupan yang kita tak pernah lalui sebelum ini pun akan dirasai.

Bagaimanapun, cabaran yang dilalui bersama rakan sebaya itulah yang akan menjadi kenangan manis apabila dewasa kelak.

Seperti video pendek yang dikongsikan di platform TikTok oleh seorang pelajar universiti ini, dapat dilihat dia bersama rakannya sedang alami cabaran kekurangan pengangkutan untuk membawa mereka keluar dari kolej.

Difahamkan melalui video itu, mereka terkandas di kolej kediaman apabila ingin menunaikan solat Jumaat kerana tiada pengakutan yang boleh membawa mereka ke masjid.

Lebih menguji kesabaran pelajar-pelajar yang terkandas itu, bas yang sedia ada tidak dapat membawa mereka kerana ia merupakan arahan dari pihak atasan.

komen tiktok

Bagaimanapun, pelajar yang terkandas itu tidak menunding jari terhadap pemandu bas terbabit kerana faham dia hanya menurut arahan dan pemandu itu juga sempat memberitahu mereka bimbang jika naik bas tersebut, tiada yang akan dapat menghantar mereka semula ke kolej.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.