Bapa ‘Biawak Hidup’ Paksa Anak Kerja Semata Nak Belikan ‘Skandal’ TV Baru

Baru-baru ini, satu ciapan daripada seorang personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang berkongsi beberapa keping gambar luahan hati seorang gadis yang mendedahkan terpaksa bekerja keras demi menanggung bapa ‘biawak hidup’ telah tular di laman Twitter.

Menerusi gambar tersebut, gadis itu dan juga kakaknya yang berumur lingkungan 19 – 20 tahun telah dipaksa mencari duit bagi menampung kos belajar mereka oleh kerana bapa tidak bekerja.

Bagaimanapun, gaji yang diperoleh mereka turut diambil oleh bapa sekaligus menyukarkan mereka untuk masuk ke kelas atas talian yang memerlukan wang untuk membeli rangkaian internet.

Ayah seorang malas tak mahu pergi kerja dari kami sekolah lagi. Lepas kami balik kerja dia terus mintak duit. Saya malu ada ayah tak bertanggungjawab.

Malah, mereka turut cuba untuk tidak memberikan wang tersebut kepada bapa namun, bapanya bertindak ke tempat kerja mereka untuk meminta duit di hadapan orang ramai dan memalukan mereka.

Lebih menyedihkan, gadis itu memaklumkan bahawa bapa mereka juga ada berkenalan dengan seorang wanita dari Indonesia yang telah lama menetap di Malaysia, malah dia telah menggunakan duit yang diperoleh mereka untuk keluar bersama wanita tersebut.

Dua hari lepas dia suruh kakak pinjamkan duit dekat makcik kami sebab nak belikan perempuan tu TV baru.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai berharap agar dua beradik itu selamatkan diri mereka daripada bapa yang disifatkan sebagai ‘biawak hidup’ itu.

Harap anaknya pindah je duduk jauh jauh. Jangan duduk sama dengan ayah tak guna tu. Jaga mental korang,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.