“Jangan Aniaya Oranglah!” – ‘Rider’ Rugi RM100, Pelanggan Lari Lepas Dapat Makanan

Tidak boleh dinafikan, kehidupan seorang rider makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan sememangnya penuh dengan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari.

Demi sesuap nasi, mereka perlu menghantar makanan kepada pelanggan tak kira jika cuaca ketika itu baik ataupun buruk, malah ramai juga yang kita sering dengar terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tular di TikTok baru-baru ini, seorang rider terpaksa berputih mata akibat ditipu oleh seorang pelanggan yang menghilangkan diri selepas mengambil makanan.

Bagaimanapun, perkara yang membuatkan ramai netizen berang apabila mendapati pelanggan tersebut ‘melarikan diri’ selepas mengambil makanan tanpa membayar.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen sememangnya berasa simpati atas apa yang telah terjadi pada rider tersebut dan ada juga menawarkan diri untuk membayar akibat terlalu kesian apabila melihat video itu.

darah

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.