“Marketing Tak Kena Gaya” – Gadis Selit ‘Business Card’ Di Kedai Buku Undang Kecaman Netizen

Baru-baru ini tular satu ciapan daripada seorang pengguna Twitter yang berkongsi video memaparkan seorang pelanggan yang datang ke sebuah kedai buku dan betindak meletakkan business card miliknya di dalam beberapa buku yang dijual di kedai tersebut.

Pengguna Twitter dikenali sebagai Ruby itu juga merupakan staff pekerja di kedai buku tersebut telah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi ciapan tersebut, kejadian itu berlaku di kedai buku Kinokuniya dan perkongsian video itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

kino

Please jangan buat macam ni. Kalau you nak orang follow you, you promote la. Buat review buku ke, share gambar buku ke.

Menurutnya, mereka juga kekurangan staff untuk membuang buisness card yang diselitkan oleh gadis itu. Malah, tindakan itu juga boleh meninggalkan persepsi buruk oleh pelanggan lain terhadap kedai buku tersebut.

Kalau customer jumpa tu kalau dia complain macam mana? Customer kitorang ni semua benda nak complainStaff juga yang kena.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan gadis itu yang dianggap cuba untuk mendapatkan free marketing.

“Ni betul-betul guerilla marketing huhu. Selit situ sini tumpang-tumpang, sorok-sorok,” tulis seorang netizen.

SUMBER : Twitter

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.