“Ni Ke Yang Stesen TV Amik?” – Sekali Lagi Bikin Netizen Panas, ‘Kak Long’ Didakwa Ejek OKU

Seperti yang ramai ketahui, nama Kak Long 7E memang kerap kali menjadi perhatian ramai, tambah pula semalam kecoh di media sosial apabila ramai yang mempertikaikan stesen TV Islamik menjemputnya menjadi tetamu undangan.

Tak cukup dengan itu, selang beberapa jam selepas ditemu ramah oleh pihak stesen TV terbabit, Kak Long sekali lagi mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Melalui video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook ini, beliau sempat merakam live Facebook wanita terbabit yang didakwa sedang mengejek Orang Kelainan Upaya (OKU).

Jelas kelihatan Kak Long dalam video tersebut seolah-olah ‘berlakon’ menjadi OKU dengan berjalan mengiring serta menyengetkan mulut sambil bercakap semasa membuat live.

Wanita terbabit sempat berkata bahawa dirinya tidak menyangka akan menjadi terkenal di khalayak umum, malah turut mengaku dirinya memang sudah terkenal sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen sememangnya mengecam tindakan wanita terbabit dan berharap agar beliau sedar akan kesalahan yang dibuat olehnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.