“Teh Ais 20 Hinggit!” – Netizen Terkejut Harga Makanan Malaysia Di Korea Mahal

Tular di laman TikTok, video perkongsian daripada seorang pengguna yang mendedahkan harga makanan tempatan Malaysia di Korea telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, pengguna dikenali sebagai Eina itu juga merupakan seorang pelajar di negara tersebut telah menunjukkan menu-menu makanan Malaysia berserta dengan harga setiap makanan itu.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 489K tontonan dan 56.8K tanda suka di aplikasi TikTok.

korea

Harga makanan Malaysia di Korea.

Apa yang menarik perhatian adalah harga-harga yang dikenakan pada makanan tempatan itu disifatkan mahal oleh orang tempatan Malaysia kerana makanan seperti kuey teow goreng, mee udang dan sambal sotong adalah lebih kurang RM40 di sana.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang terkejut melihat harga yang dikenakan tetapi ada juga yang mengatakan bahawa harga itu merupakan harga biasa di sana.

Bapakkk arr teh ais 20 hinggit takpelah kak saya nk jus passion fruit jerla – netizen.

Tak mahal pun sebenarnya.. bila convert RM memang jadi mahal sebab matawang kita rendah. Bagi orang yang duduk sana normal je harga,” tulis seorang pengguna TikTok.

SUMBER : TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.