“Dia Marah Balik!” – Buat Helah Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol, Kereta Depan Sengaja ‘Break’ Mengejut

Sudah kerap kali kita dengar cubaan lari dari membayar tol terjadi di Malaysia ini, namun ia masih berleluasa dan tidak serik melakukannya.

Individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan sedar kesalahan yang dilakukan selagi tidak berlaku apa-apa pada diri sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki di platform Facebooknya kejadian yang berlaku ketika melalui laluan tol.

pemandu tak nak bayar tol

Difahamkan melalui perkongsian tersebut, keretanya terlibat dalam kemalangan apabila kereta dibelakangannya iaitu Toyota Vios melanggar bonet di laluan tol.

Bagaimanapun, ia bukanlah kejadian yang disengajakan kerana beliau mendapati Toyota Vios tersebut ingin membuat helah mengikuti keretanya dari belakang dengan rapat agar tidak perlu membayar tol.

Biarpun sudah terang lagi bersuluh kemalangan tersebut jadi kerana kesalahannya mengikut terlalu rapat, pemandu Toyoto Vios itu pula memarahi individu yang memandu kereta Myvi terbabit kerana berhenti secara mengejut.

komen facebook

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, sememangnya netizen mengecam tindakan pemandu Toyota Vios itu serta mengatakan, tidak salah untuk membayar tol yang hanya beberapa ringgit itu.

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.