Masih Dipenjara Kerana Dadah, Kini ‘Panas’ Nia Ramadhani Fail Tuntutan Berpisah Dengan Suami?

Atas akibat penyalahgunaan dadah sejenis syabu, pelakon popular Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardie Bakrie serta pemandu mereka dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, Disember tahun lalu.

Setelah lama menyepi kerana masih menjalani hukuman, berita yang agak mengejutkan ramai pihak apabila Nia dikhabarkan telah memfailkan tuntutan untuk berpisah dengan suaminya.

Difahamkan melalui Tribunnews, khabar angin telah menular sejak semalam dan membuatkan ramai yang masih tertanya-tanya.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama perkhabaran pasangan itu berpisah menjadi kecoh dikalangan netizen, malah pada tahun 2019 juga perkara ini diperkatakan ramai.

Bagi menepis berita ini berleluasa, Lalu Mara wakil keluarga mereka tampil meminta agar berita palsu ini dihentikan serta merta.

Dalam pada itu, pihak Pengadilan Agama Jakarta Selatan turut bersuara dan mengesahkan nama Nia Ramadhani dan suami langsung tidak dijumpa, sekali gus membuktikan tiada apa-apa tuntutan dibuat oleh pasangan tersebut.

SUMBER : Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published.