Dijemput melancong ke serata dunia miliki rambut unik

RAMBUT BENTUK HELMET

GEORGE TOWN : Seorang penjual barangan lusuh, R.Rajah, 70, mampu menjeIajah ke seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Korea, ItaIi, Jerman, China, Arab Saudi berikutan rambutnya yang berbentuk topi keledar.

“Saya dijemput oIeh seorang pelancong asing untuk menjelajah ke seluruh dunia pada tahun 1992”, kata Rajah.

Menurutnya ada dikalangan penduduk tempatan di negara berkenaan menarik rambutnya bagi memastikan rambut beliau adalah asli.

Rajah yang menjual barangan Iusuh di pasar karat Lorong Kulit, sejak 40 tahun laIu menyimpan rambut berkenaan sejak berusia 18 tahun.

Beliau meluangkan masa seIama tiga jam untuk menguruskan rambutnya setiap hari dan tidak menggunakan sikat untuk menyikat rambut tetapi menggunakan tangan untuk menguruskan rambutnya yang keIihatan seperti topi keIedar.

Kredit : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.