“Lepas Ni Saya Akan Lebih Berhati-Hati” – Zul Ariffin Mohon Maaf Tayang ‘Aksi’ Panas

Terdahulu, pelakon, Zul Ariffin dikecam ramai apabila berani berkongsi satu babak teaser drama akan datang lakonan beliau bertajuk Perempuan Itu yang tidak mematuhi syariah agama dan disifatkan keterlaluan oleh rata-rata orang ramai.

Baru-baru ini, Zul telah tampil menjawab isu tersebut dengan memuat naik satu hantaran di Instagram story miliknya bagi memohon maaf atas isu aksi panas berkenaan.

Menurutnya, dia telah mengambil maklum di atas semua respons dari pelbagai pihak dan akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

Dengan hati terbuka, saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.

Tambahnya lagi, dia akan lebih meniliti untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.

zul

Malah, pelakon filem Sangkar itu turut telah bertindak memadam video kontroversi berkenaan dari laman Instagram miliknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.