“Macam La Dia Yang Mengandung” – Kongsi Tips Yakinkan Isteri Dapat Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen

Baru-baru ini, Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya berkongsi tips untuk para lelaki tentang bagaimana untuk meyakinkan isterinya untuk mempunyai anak yang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa beliau sentiasa menyukai keluarga yang besar dan secara semula jadi beliau mahu menggembangkan lagi keluarga beliau.

Menurutnya lagi, anak yang ramai dapat menjaga ibu bapa dan tidak akan membuatkan ibu bapa mereka berasa sunyi ketika di hari tua nanti.

InsyaAllah …dengan keizinanMu. Tetapi pertamanya saya perlu meyakinkan Dr Halina. Lagipun itu badan dia…

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dikritik oleh pengguna Twitter yang rata-rata tidak bersetuju dengan tips-tips yang diberikan oleh beliau dan merasakan bahawa suami seharusnya menghomati keputusan isteri jika si isteri tidak mahu melahirkan anak lagi.

Taktik menjijikkan untuk menyalahkan isteri yang sudah melahirkan anak sekampung dan memeras ugutnya secara emosi untuk melahirkan anak lain, semuanya kerana ego besar seorang lelaki. – Netizen.

Anak-anak bukan insurans hari tua. Mereka tak minta dilahirkan untuk berhutang budi. Kita yang bertanggungjawab atas hari tua kita nanti,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.