“Tak Dapat Tandingi Nyawanya” – Terima Pampasan RM1.5 Juta, Bapa Arwah Adib Minta Jangan Tuduh Mata Duitan

Menerima wang pampasan sebanyak RM1.5 juta daripada pihak kerajaan, keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim memohon agar orang ramai tidak menuduh mereka ‘mata duitan’.

Menurut bapa Allahyarham iaitu Mohd. Kassim Abdul Hamid, bagilah seberapa banyak jumlah wang kepada mereka, itu tidak akan dapat merawat rasa kehilangan anak tercinta biarpun tragedi sudah berlaku empat tahun yang lalu.

Kami tahu apabila perkara ini tersebar (tentang pampasan ini), semua akan menuduh kami mata duitan kerana menerimanya.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib

Dalam pada masa yang sama, bapa arwah turut berkata biarpun menerima wang pampasan sebanyak itu, jauh di sudut hati dia mahukan pemergiaan anaknya dibela saja.

Sekadar info, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu pihak kerajaan akan memberi wang pampasan sebanyak RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba itu, semalam.

SUMBER : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.