Tak Nak Hidup Susah, Ibu Cuba Ragut Nyawa Anak-Anak Selepas Dengar ‘Bisikan’

Tidak pernah terlintas dek akal apabila seorang ibu tergamak meragut nyawa anak sendiri yang berumur 7 tahun serta mencederakan dua lagi anaknya, di mana mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal ketika ini.

Melalui dari portal Indonesia, Tribunnews, dua anaknya yang masih dalam keadaan kritikal itu sedang dirawat di hospital dan difahamkan mereka berumur 10 dan 5 tahun.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Brebes, AKP Syuaib Abdullah berkata suspek yang juga merupakan ibu kandung ketiga-tiga mangsa itu telah pun ditahan pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Melalui siasatan awal, suspek memaklumkan dia bertindak sedemikian kerana mendakwa dirinya mendengar bisikan ghaib. Bagaimanapun, masih belum dapat kepastian sama ada pelaku dalam keadaan tertekan atau sebaliknya.

Dalam pada masa yang sama, jiran suspek memberitahu wanita itu tidak berkelakuan pelik dan hanya normal seperti sedia kala.

Difahamkan juga, suami suspek yang juga merupakan ayah mangsa ketika ini masih berada di luar kawasan.

SUMBER : Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published.