“Dah Macam Ada Protes..” – Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

Setelah sekian lama, semalam menjadi salah satu detik kebahagian buat ibu bapa apabila anak-anak sudah mula bersekolah seperti biasa kembali.

Untuk minggu yang pertama ini, sudah semestinya ibu bapa tidak mahu melepaskan peluang menghantar anak-anak ke sekolah.

Bagaimanapun, tular satu ciapan di Twitter ini memaparkan gelagat sekumpulan ibu bapa sedang menungggu anak-anak mereka pulang dari sekolah.

Melihat dari perkongsiaan foto tersebut, kelihatan ramai ibu bapa sedang menunggu anak mereka di perkarangan luar sekolah, namun apa yang telah mencuri perhatian warganet, apabila ada ibu bapa siap tulis nama anak di atas kertas putih dan papan putih.

Tujuan mereka berbuat demikian kerana ia memudahkan anak masing-masing mudah kenali ibu bapa mereka memandang sekarang ini pelitup muka wajib dipakai.

Selain ada yang menyamakan situasi tersebut seperti di arrival gate lapangan terbang, ada juga yang berkata situasi itu seakan-akan ada protes.

Sekadar info, lebih dari 2.7 juta pelajar melibatkan 7778 buah sekolah kebangsaan dan 87 buah kolej vokasional memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula semalam.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.