Akibat Terima Dos Penggalak Berbeza, 2 Rakyat Malaysia Dihalau Dari Jerman

Baru-baru ini, dua rakyat Malaysia didapati telah dihalau oleh pihak berkuasa Jerman kerana menerima dos penggalak yang berbeza daripada dos primer dan hal itu telah disahkan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP) iaitu Wan Shairi Wan Ahmad.

Menurut laporan dari Utusan, dua beradik lelaki terbabit telah datang ke Eropah bersama ibu bapa mereka untuk bercuti, namun telah diarahkan pulang serta merta, semalam.

Dalam pada masa yang sama, dua beradik itu turut memberitahu ibu bapa mereka berjaya masuk ke negara itu tanpa sebarang masalah.

dua rakyat malaysia dihalau dari jermanSumber : Utusan  

Sebab mereka dihalau dari negara terbabit kerana menerima dos penggalak berjenama Comirnaty selepas dos primer berjenama Sinovac.

Kami tidak pasti jika berlaku salah faham dengan pihak berkuasa Jerman mengenai status dos penggalak, tetapi pengusiran ini amat mendukacitakan kami.

Isu yang berlaku ini telah mencetuskan tanda tanya mengenai status penerimaan dos penggalak warga Malaysia jika berada di luar negara dan memohon pihak Kementerian Kesihatan untuk selesaikan isu yang berlaku ini secepat mungkin kerana akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang hendak melancong ke luar negara.

SUMBER : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.