“Solat Jemaah Secara Atas Talian Tidak Sah” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Terdahulu, tular di rata-rata media sosial video yang memaparkan pasangan kekasih sedang solat berjemaah secara atas talian ‘online’ telah mendapat perhatian orang ramai.

Susulan itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa solat itu tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat sah mengikut imam dalam solat berjemaah sebagaimana digariskan oleh para ulama.

Menurut laporan Kosmo, Dr. Zulkifli berkata solat berjemaah ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan orang-orang Islam secara hakiki dan ia berhajat kepada satu tempat dan bersambungnya saf antara satu sama lain.

solat

Justeru, tidak boleh menunaikan solat berjemaah melalui siaran langsung di televisyen atau radio atau secara atas talian kerana ia tidak mencapai maksud seperti dikehendaki syarak.

Dr.Zulkifli menjelaskan perkara tersebut menerusi artikel terbaharu dikeluarkan Portal Maktabah Al-Bakri dan menyatakan tujuan pensyariatan solat Jumaat dan solat berjemaah ialah menghimpunkan manusia.

zulkifli

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam soal agama dan merujuk kepada para alim ulama jika ada sebarang persoalan yang timbul.

SUMBER : Kosmo

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain yang pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.