“Dia Dijerut Bukan Terjerut!” – Kes Bayi Maut Terjerut Buaian, Bapa Tuntut Keadilan

Terdahulu, rata-rata media sosial digempar dengan satu berita yang amat menyayat hati apabila bayi berumur 15 bulan disahkan meninggal dunia akibat terjerut buaian di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Baru-baru ini, bapa kepada kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Yuseri Yusoff telah memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya yang menuntut keadilan atas kematian anaknya, Nour Rania Asyifa Yuseri.

Menurutnya, anaknya telah dijerut dan bukan terjerut kerana timbul satu keraguan apabila kesan jerutan yang terdapat pada anaknya berbentuk satu garisan lurus dan langsung tidak berbentuk seperi jaringan buaian.

nour

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut! Sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata polis telah menjalankan siasatan secara menyeluruh dengan bantuan kepakaran pakar forensik.

Saya tidak boleh (komen) kata ada unsur jenayah atau tidak, tunggu keputusan pihak pendakwa raya.

nanda

Dalam pada itu, Nanda memaklumkan sehingga kini polis tidak menerima sebarang aduan atau laporan daripada bapa bayi itu dan hanya maklum selepas membaca hantaran yang tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.