“Ini Yang Sepatutnya TV AlHijrah Jemput” – Netizen Terpukau Sofyank Dapat ‘Collab’ Dengan Ryan Reynolds!

Sebelum ini, Sofyank yang dikenali dengan suntingan video yang ‘power’ telah bekerjasama dengan beberapa nama besar dari Hollywood seperti Zach King, Will Smith dan John Cena.

Terbaru, anak kelahiran Kelantan itu sekali lagi buat ramai netizen terpukau kerana dapat ‘collab’ dengan seorang lagi nama hebat dari Hollywood.

Bukan calang-calang selebriti, semalam Sofyank mendedahkan bahawa dia telah merakamkan video dan bekerjasama dengan pelakon, Ryan Reynolds!

Terdahulu, menerusi Instagram dia ada memuat naik video ‘teaser’ namun tidak menunjukkan muka pelakon itu.

Nampaknya memang ramai dapat teka dengan betul bahawa individu di dalam video berkenaan merupakan pelakon Deadpool itu.

Netizen memuji anak muda ini dengan pencapaiannya dan berpendapat individu sepertinya wajar dijadikan inspirasi.

Seorang individu di Twitter berkata, Sofyank adalah contoh yang boleh dijemput oleh stesen TV AlHijrah yang tular baru-baru ini kerana menjemput ‘kak long’ menjadi tetamu jemputan.

Sofyank bekerjasama dengan Ryan menerusi satu video yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dipercayai sempena dengan siri Netflix terbaru lakonannya, The Adam’s Project.

Jika ada tidak tahu atau tidak pernah tonton video suntingan Sofyank, boleh ke Instagram dan lihat hasil kerja memukau daripada pemuda berusia 26 tahun ini.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.