“Saya Tak Tahu Maksudnya..” – Kanak-Kanak Tular Tunjuk Jari Tengah Mohon Maaf

Terdahulu, tular di rata-rata media sosial video memaparkan seorang kanak-kanak yang selamba menunjukkan jari tengah dengan ‘muka tiada perasaan’ di atas motosikal telah mendapat perhatian ramai.

Video kanak-kanak lelaki itu turut tular di seluruh dunia sehingga mendapat perhatian pempengaruh media sosial antarabangsa seperti Khaby Lame dan bintang K-pop, Siwon daripada kumpulan Super Junior.

Menurut laporan Utusan, kanak-kanak itu dikenali sebagai Im Kamaludin, berasal dari Thailand dan juga mempunyai akaun Facebook sendiri.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, kanak-kanak itu memaklumkan dia tidak sangka video tersebut menjadi tular di seluruh dunia.

Mulanya saya tak tahu apa maksud isyarat jari tengah dan selepas mengetahuinya, saya berasa malu.

Mengakui aksinya tidak sopan, Im mohon maaf dan berharap supaya tiada kanak-kanak lain mengikuti tindakannya.

Dalam pada itu, Im kini mula terkenal dalam kalangan masyarakat di Thailand, malah banyak orang tidak melepaskan peluang untuk bergambar apabila berjumpa dengannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.