(VIDEO) “Tak Boleh Kena Tegur..” – Dua Kenderaan Sengaja Halang Ambulans Undang Kecaman Netizen

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Azman Roy memaparkan dua kenderaan yang dilihat sengaja menghalang laluan ambulans.

Menerusi video tersebut, dilihat sebuah van jenis Toyota Hiace sengaja mengikut rapat selepas ambulan keluar dari simpang malah tindakan itu terpaksa ditegur oleh pemandu supaya menjaga jarak kerana bahaya jika ambulans menggunakan break emergency.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi penunggang motosikal berbangsa India mula mengejar ambulans dan betindak menahan ambulans dengan memberhentikan motosikal di tengah jalan.

ambulans

Kami off siren sebab patient non emergencyTransport satu patient bed ridden pergi ke pusat dialysis… dan terjadilah benda ni, tolong viralkan… report polis sudah buat.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 54.7K tontonan, dan 3.8K tanda suka di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa marah dengan tindakan dua kenderaan tersebut yang sengaja menghalang laluan ambulans yang sedang dalam perjalanan menghantar pesakit ke hospital.

Ada jugak manusia macam ni tak boleh kena tegur. – Netizen.

“Macam sepakat je van tu dengan uncle tu? aku nak tahu apa masalah van tu,” tulis seorang pengguna TikTok.

SUMBER : TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.