(VIDEO) Tular Wanita Patahkan ‘Side Mirror’ Kereta Orang Sebab Geram Kena ‘Double Park’

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video memaparkan seorang wanita yang mengamuk dan bertindak mematahkan side mirror sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, wanita berbaju merah itu turut mengetuk kereta tersebut dengan menggunakan penyapu dan dipercayai kejadian berlaku di Jalan Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Difahamkan, wanita itu bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kereta itu yang double park dibelakang keretanya sehingga menghalang jalan keluar.

parking

Namun, menurut mangsa dia telah meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan untuk mengalihkan keretanya dan tidak menyangka apabila kejadian itu berlaku malah sempat dirakam oleh orang awam.

Dalam pada itu, mangsa turut membuat laporan polis dan meminta orang ramai yang mengenali wanita tersebut untuk menghubunginya di talian 012-6301512 bagi menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan ada juga yang menyokong tindakan wanita itu.

Yes aku sokong untie ni.. double park.. ini makanan dia.. kalau kat kampung baru memang kena pecah cermin. – Netizen.

“Pada awalnya tuan Myvi bersalah bawah kesalahan Jalan raya, lepastu Perempuan tu bersalah kerana khianat harta org awam. Dua-dua kena nanti,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.