‘TikToker’ Perancis Ini Dikecam, Guna Surah Al Baqarah Sebagai Lagu Latar Video ‘Transition’

Baru-baru ini, tular di Twitter tentang seorang pengguna TikTok berasal dari Perancis yang dikecam netizen Malaysia.

Menerusi posting tersebut, individu bernama Benjamin itu telah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia menyunting video ‘transition’ menggunakan ayat Al Quran sebagai lagu latar.

Video itu memaparkan ‘transition’ pakaiannya dengan surah Al Baqarah sedang dibacakan.

Mendapat lebih 15.3 juta tontonan, video itu bagaimanapun dibanjiri komen orang ramai yang meminta Benjamin untuk membuat permohonan maaf di atas perbuatannya.

Bukan itu sahaja, komen juga dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang mendapat tahu tentang video tersebut.

Ada yang turut memaklumkan dan mengajak orang ramai membuat laporan terhadap TikTok agar video terbabit dipadamkan dari platfom itu.

Namun difahamkan, ada yang cuba membuat laporan tetapi maklum balas daripada TikTok mengatakan video berkenaan tidak melanggar ‘Community Guidelines’.

Tinjaun mendapati video terbabit masih ada di profil TikTok Benjamin meskipun ramai menggesa ia dipadam dan dia perlu meminta maaf.

SUMBER : Twitter

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.