Gelabah Dikejar Ayam, Gadis Cuba Lari Tapi Speed Slow Ini Buat Ramai Terhibur. “Lari kak bukan jogging, padanlah kena patuk”

Tidak dinafikan, sesetengah orang takut kepada haiwan seperti ayam, angsa atau itik Iyalah, mereka bukan boleh dipercayai sangat. Kadangkala sampai lintang-pukang dikejar dengan ayam atau angsa. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis dikejar ayam di halaman rumah telah mencuri tumpuan.

Tetap lari juga walaupun member dah cakap jangan lari

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berada di luar rumah sambil menikmati pemandangan. Apa yang lebih menarik adalah apabila dia tiba-tiba dikejar oleh ayam yang tidak dikenal pasti datang dari mana. Sambil dia berlari, rakannya yang merakam aksi gadis itu dari rumah sudah memesan jangan lari.

Namun, dia tidak menghiraukan lantas tetap berlari sampai ke dalam rumah. Apa yang lebih melucukan adalah dia berlari dengan kelajuan yang perlahan sehingga ayam itu sempat mematuk seliparnya.

Image from @leonnd2108 (TikTok)

Lihat video

“Lari kak bukan jogging, padanlah kena patuk” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 10.9M tontonan, 1.1M tanda suka dan 27K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @leonnd2108 (TikTok)

Image from @leonnd2108 (TikTok)

Image from @leonnd2108 (TikTok)

Ayam tu pun satu, tak putus asa kejar sampai dalam rumah!

Sumber:says.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.