[VIDEO] Buat Kejutan Hari Jadi Untuk Ayah, Tapi Reaksi Ayahnya Pula Bikin Anak-Anak P4nik. “Luar biasa punya terkejut pak cik ni”

[VIDEO] Buat Kejutan Hari Jadi Untuk Ayah, Tapi Reaksi Ayahnya Pula Bikin Anak-Anak P4nik. “Luar biasa punya terkejut pak cik ni”

Hari jadi merupakan sesuatu yang istimewa buat semua orang. Ramai yang suka membuat kejutan hari jadi untuk menunjukkan penghargaan kepada insan tercinta. Reaksi masing-masing pula mesti ada yang malu, gembira dan juga terharu.

Berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan sekumpulan adik-beradik membuat kejutan hari jadi kepada ayah mereka namun reaksi terkejutnya pula mendapat perhatian ramai.

Image from @_scorpiogurlz (TikTok)

Lihat video

Niat nak buat kejutan, tetapi tak sangka pula ayah hampir kena ser4ngan jantung. Menerusi video yang dimuat naik oleh @_scorpiogurlz, kelihatan sekumpulan adik-beradik membawa sebuah kek yang dipenuhi lilin untuk membuat kejutan kepada ayah mereka.

Mereka mula mengetuk pintu dan apabila si ayah keluar, lagu hari jadi pun dinyanyikan beramai-ramai. Namun, apa yang melucukan adalah apabila reaksi si ayah benar-benar terkejut sehingga hampir terkena ser4ngan jantung. Disebabkan itu, anak-anaknya dilihat sangat p4nik dan cuba menenangkan kembali ayah mereka. Menurut salah seorang anaknya, tiada apa yang serius berlaku kepada pakcik tersebut dan dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Ni mesti kes tunggu jam 12am, member dah sedap tidur, bangun-bangun orang ramai depan pintu” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 23.2M views, 2.5M likes dan 21.2K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat reaksi pak cik yang benar-benar terkejut itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @_scorpiogurlz (TikTok)

Image from @_scorpiogurlz (TikTok)

Image from @_scorpiogurlz (TikTok)

Nak kesian tapi maaf kelakar sangat muka terkejut tu. Apa-apa pun semoga sihat selalu ya pak cik

Sumber: says.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.