“Dah Terlambat Ke Nak ‘Uninstall’?” – Netizen Risau Kalau Betul Mysejahtera Dah Dijual

Baru-baru ini kecoh di media sosial terutama di laman Twitter apabila beberapa orang pengguna telah membuat ciapan tentang applikasi MySejahtera yang didakwa telah dijual kepada sebuah syarikat swasta.

Menerusi satu ciapan tular, seorang pengguna dikenali sebagai Mohd Faizal Hassan telah meluahkan kerisauannya apabila menyatakan bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu isu yang kecil.

Menurutnya, semua data peribadi rakyat Malaysia sudah tidak lagi berada dalam keadaan selamat dan sudah telambat untuk unistall applikasi tersebut kerana ianya sudahpun dibeli oleh syarikat swasta.

Ini membimbangkan dan perlu ditangani. Seseorang perlu menjawab atau menjelaskan. Keamanan nasional kita dipertaruhkan.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi dan kebanyakan mereka berasa risau dengan keadaan tersebut.

Serious question. Apa yang patut kita buat sekarang ni? risau sangat sampai kena anxiety,” tulis seorang pengguna Twitter.

mysj

Dalam pada itu, menerusi laporan Kosmo, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan perkara tersebut dan berkata kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta bahkan ia hak milik kerajaan.

Kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd. (KPISOFT).

Jelas Khairy, KKM berharap orang ramai akan terus menggunakan apliasi MySejahtera tanpa ragu-ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.