“Hancur Masa Depan!” – ADUN Perak Saran Haramkan Gadis Bawah Umur Dijadikan Isteri

Melalui cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming, perkahwinan bawah umur di Perak perlu diharamkan di bawah peruntukan undang-undang.

Menurut beliau, isu perkahwinan bawah umur ini perlu disekat dengan secepat mungkin demi masa depan kanak-kanak perempuan, dimana umur mereka bawah 18 tahun.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berpendapat gadis di bawah umur sepatutnya berada di bangku sekolah, bukannya dijadikan sebagai seorang isteri.

adun perak haram kahwin bawah umur

Sedia maklum, difahamkan kerajaan persekutuan tidak bercadang perkahwinan untuk mengharamkan perkahwinan di bawah umur, namun akan cuba sebaik mungkin mengekangnnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Rina Harun berkata usaha bagi mengekang perkahwinan bawah umur akan dilaksanakan melalui program di bawah Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.