(VIDEO) “Bertuah Punya Budak” – Cari Anak Tak Jumpa, Wanita Ini Terkejut Anak Lena Tidur Dalam Peti Ais

Tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya yang sedang lena tertidur di dalam peti ais telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu difahamkan telah mencari anaknya itu di merata tempat namun tidak menjumpainya.

Malah, ibunya turut terkejut apabila mendapati bahawa anaknya telah mengeluarkan semua barang yang terdapat di dalam peti ais sebelum masuk ke dalamnya dan tidur.

petiais

Harini dia boleh pergi lena dalam peti ais, bertuah punya budak. Jadi apa-apa habis orang kata aku taruk anak dalam peti ais.

Meninjau di ruangan komen, pemilik video turut memaklumkan bahawa anaknya memang suka bermain lampu peti ais namun tidak menjangka dia akan tidur di situ dengan lena kerana di rumahnya turut terdapat pendingin hawa atau aircond.

Aircond dua biji dalam rumah.. peti ais jugak hang masuk tidoq.

Malah, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik tersebut dan memahami tindakannya itu kerana cuaca yang panas baru-baru ini.

Bukti cuaca makin panas la ni – Netizen.

Anak yang hebat.. dia tahu mana nak tidur lena musim panas ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.