(VIDEO) “Ni Kahwin Ke Expo Ni?” – Pasang 19 Khemah Kenduri Kahwin, Majlis Pengantin Ini Raih Perhatian

Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Faradilla Zulkipli yang memaparkan sebuah majlis kenduri kahwin yang telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat jumlah khemah yang digunakan pada majlis tersebut lain daripada yang lain iaitu menggunakan 19 buah khemah.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 106.8K tanda suka, 3.7K komen di laman TikTok.

kahwin

Agak-agak korang rasa berapa cost wedding ni??

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang mengatakan bahawa majlis kenduri kahwin itu kelihatan seperti bazar Ramadan.

Itu preparation bazaar ramadhan la,” tulis seorang netizen.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pengantin seperti mahu menjemput satu daerah oleh kerana penggunaan khemah yang begitu banyak.

Ni kawin ke expo ni – Netizen.

Ni nak tambah air sampai meja dah haus balik” – tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.