“Siap Boleh Panggil Sayang..”- Pakej Kejut Sahur Serendah RM2 Untuk Anda Yang ‘Single’

Tidak lama sahaja lagi, bulan Ramadan akan menjelma tiba dan pastinya umat Islam di seluruh dunia sudah tidak sabar untuk berpuasa dan beribadah di sepanjang bulan penuh barakah itu.

Yang paling dinantikan pastinya amalan bersahur dan berbuka puasa sesama keluarga buat mereka yang tidak berpeluang untuk melakukannya sebelum ini kerana PKP dan sebagainya.

googleSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Namun, idea seorang peniaga di laman membeli belah secara atas talian ini telah membuatkan ramai warga maya terhibur kerana agak kreatif dan kelakar.

Peniaga itu dilihat telah menawarkan perkhidmatan ‘kejut sahur’ buat mereka yang sukar bangun pagi dengan harga serendah RM2.

kejut sahurSumber : Shopee  

Apa yang lebih mencuit hati ada juga yang menawarkan pakej ‘kejut sahur’ ini untuk golongan yang ‘single’ dan pakej berserta panggilan ‘baby’ dan ‘sayang’ juga!

kejut sahurSumber : Shopee  

Para pelanggan juga boleh memilih untuk dikejutkan dengan panggilan telefon atau mesej, serta boleh menetapkan waktu untuk dihubungi namun waktu itu tidak boleh diubah selepas melanggan.

Kalau berminat bolehlah menjengah ke Shopee dan langgan di sini.

SUMBER : Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published.