(VIDEO) “Dah Nak Sampai Baru Perasan” – Gadis Terkejut Pemandu e-Hailing Hanya Pakai Tuala

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular seorang pengguna penggangkutan e-hailing Grab yang menjadi mangsa gangguan seksual apabila dia ajak ‘main tidur’ bersama pemandu.

Baru-baru ini, tular di applikasi TikTok hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ika Adnan yang memaparkan seorang pemandu e-hailing yang hanya memakai kain tuala ketika membawa penumpang.

Menerusi video tersebut, difahamkan gadis itu terkejut dan mula berfikir bukan-bukan selepas menyedari perkara tersebut sewaktu hampir sampai ke lokasi yang ditujunya.

grab

Dah nak sampai baru aku perasan driver ni pakai tuala je. MAAKKK!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pemandu e-hailing tampil memberi penjelasan bahawa mereka selalunya memakai kain tuala untuk mentup bahagian kaki kerana kesejukan dari pendingin hawa apabila berada di dalam kereta terlalu lama.

Aircond kan sejuk I pun tak boleh kalau aircond on mesti cari blanket or kain. – Netizen.

Bukan pakai tuala je, saya kerja grab, pun buat benda yg sama, sebab sejuk,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.