Bakal didakwa tanam ganja, Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq

Selepas lama berteka-teki, akhirnya ramai yang tahu siapa gerangan penyanyi nasyid yang disyaki memiliki dan menanam ganja di kondominium miliknya di Kota Damansara.

Yasin Sulaiman, 47 telah hadir ke kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 10 pagi tadi.

Tiba di mahkamah

Menerusi video yang dikongsikan Bernama, penyanyi dan juga komposer itu telah memakai baju T-shirt berkolar hitam sambil berjalan diiringi oleh beberapa anggota polis.

Kirim salam YB Syed Sadiq

Dia juga sempat bercakap kepada media dengan meminta menyampaikan salam kepada ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika melalui sekumpulan wartawan dan jurugambar.

“Kirim salam pada YB Syed Saddiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di parlimen,” kata Yasin ringkas.

Terdahulu, kegiatan penyanyi itu yang mengusahakan ‘ladang mini’ di kondominiumnya telah diserbu oleh pihak polis dan menemui 17 pokok ganja ditanam di dalam rumah.

Pihak polis juga menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan dan ujian air kencing turut mendapati penyanyi itu positif ganja.

Difahamkan, dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen.

Sumber: Bernama (Diana Barka)

Kredit : Omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.