Sudah menjadi satu kewajipan buat penggemar sukan lasak untuk mematuhi SOP keselamatan seperti memakai topi keselamatan dan ‘safety gear’ yang lain.
Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita dilihat sedang bersiap sedia untuk melakukan aktiviti lasak ‘bungee jumping’ di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Wanita itu juga dilihat sedang memegang tripod untuk merakam momen-momen ketika terjun sambil diperhatikan staf dan orang ramai.

Netizen yang prihatin turut meninggalkan komen berbaur nasihat kepada wanita itu agar mementingkan keselamatan ketika melakukan sukan ekstrim itu.
“Kawan aku naik jatuh terhempas atas batu beb. Tergolek terus dalam sungai patah tulang belakang memang teruk, sebab tali tu terlepas.” komen seorang netizen.
Bersukan tu bersukan juga, tapi jangan sampai abaikan keselamatan ya!