“Terima kasih kerana curang…” – Isteri raih RM24k lelong barang suami di FB live

Kita seringkali mendengar kisah perkongsian kecurangan yang dilakukan oleh pasangan di media sosial, termasuklah membakar semua barangan peribadi miliknya.

Namun, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu muda dari Filipina ini apabila mendapat tahu si suami berlaku curang walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

Lelong barang milik suami di FB Live

Walaupun wanita itu kecewa dengan perbuatan suaminya itu, dia dilihat tenang dalam menghadapi dugaan rumah tangga.

Apa yang menariknya, wanita yang dikenali sebagai Jamille Margarita Galvez itu dilihat membuat lelongan kesemua barangan berjenama milik suaminya di Facebook Live sehingga menarik perhatian warganet.

Begini rupa2nya nak buang sampah sambil dapat duit

Menurut sumber, wanita itu berseloroh kepada warganet yang mengikuti jualan lelong di Facebook Live miliknya bahawa dia tidak mahu membazir dengan membuang barangan tersebut, sebaliknya mahu mendatangkan hasil yang menguntungkan seperti memperoleh wang.

Tambahnya, kesemua barangan berharga seperti kemeja, topi dan kasut milik suaminya itu besar kemungkinan sudah terkena ‘kutukan’ lelaki curang. 

Siap boleh dapat untung bersih RM24k

Melihat kepada tindakan bijak yang dilakukan oleh wanita ini, dia dikatakan berjaya meraih pendapatan sebanyak 300 ribu Filipina Peso bersamaan dengan RM 24257.70,

Jadi, wanita itu sempat memberikan nasihat kepada para isteri di luar sana supaya menjual kesemua barangan peribadi milik suami sekiranya mereka berlaku curang.

Ini kerana ia boleh mendatangkan keuntungan, berbanding membazir dengan begitu saja.

Sumber: Malay Mail, Facebook Jamille Margarita Galvez

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.